penCetus

penCetus

20090318

VIONARA- 2

Setiba di pagar, Umairah meliarkan matanya untuk mencari kelibat Ali. Aisyah yang sedang duduk di tembok berhampiran pagar sekolah menggeleng-gelengkan kepalanya seraya berkata "kau ni sabar lah sikit. Ali nak sampai dah tu.. hehe tak sabar nampaknya kawan kita ni.." Umairah menampar mesra bahu Aisyah "kau ni memandai je..aku ni nak cepat, banyak benda aku nak buat kat asrama nanti.."



"Assalamualaikum..dah lama tunggu? maaflah terlambat tadi saya jumpa Ustaz Azhar .." Kata Ali dengan nada termengah-mengah kerana berlari untuk berjumpa Umairah. "Tak apa. Kitaorang pun baru sampai.. Ada apa nak jumpa ni?" tanya Umairah dalam nada tegas tapi lembut.. Sedikitpun Umairah tak memandang ke arah Ali. "Ni ada surat jemputan untuk hadir ke Jamuan Perpisahan Akhir Tahun Persatuan Pelajar Islam. Harap kak Umai dapat hadir.." kata Ali dengan nada lembut sambil menghulurkan surat jemputan.



"InsyaAllah saya akan cuba hadirkan diri kalau tak ada apa urusan.." kata Umairah "Eh,apa pulak, kak Umai ni mesti datang punya. Jangan risau. confirm!" kata Aisyah dengan penuh yakin kepada Ali. Ali hanya tersenyum.



"Ha..macam mana jamuan yang kau pergi hari tu Umai? Best tak?" tanya Aisyah dengan penuh minat. "Biasa je tak ada yang menarik pun. Datang baca doa' lepas tu makan. Lepas makan bersurai.." kata Umairah dengan kurang berminat.

No comments:

Post a Comment