penCetus

penCetus

20081226

VIONARA- 1

Sejak di bangku sekolah Umairah dididik untuk tidak bergaul mesra dengan lelaki, dan kerana sikapnya yang tegas dan agak pendiam menjadikan ramai pelajar lelaki tidak berani untuk mendekatinya. Namun sebalik ketegasan dan sikap berdiam diri itu, tak ramai yang sedar bahawa Umairah sebenarnya memiliki keayuan dan kelembutan dalam tutur kata dan tingkah lakunya. Mereka sekadar menilai dari luaran tapi tidak menyelaminya.
Habib merupakan seorang yang berjaya dalam hidupnya. Meskipun dia bukan berasal dari keluarga yang senang, namun kerana kesungguhan dan semangatnya yang menggunung untuk berjaya, telah menjadikan dia tabah dan kalis dengan arus hidup yang mencabar. Habib seorang yang taat pada agama, dan disebabkan itu dia tidak mudah lupa diri. Malah sering mengingatkan dirinya bahawa apa yang dikecapinya adalah milik Sang Pencipta.
Hari ini hari pertama Umairah akan bergelar seorang pensyarah 'muda'. Terkejut bukan dalam usianya yang baru menjangkau 26 tahun Umairah telah bergelar sebagai seorang pensyarah. Selesainya Umairah melaporkan diri dipejabat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), beliau berhasrat untuk mengenali KUIS dengan lebih dekat. Berjalan disekeliling KUIS membuatkan Umairah tersenyum kerana terkenangkan zaman persekolahannya.
KRRIINNGGG!!!!! Berlumba-lumba pelajar 5 Ali meninggalkan kelas. "Umai.. Umai.. Umairah..!!" teriak Aisyah. "Ha..kenapa? apa yang penting sangat sampai terjerit-jerit ko nak panggil aku..?" tanya Umairah dengan muka sebal. "Janganlah marah, aku nak sampaikan pesan ja.." kata Aisyah. "Pesan apa? pesan-memesan ke?" tanya Umairah dengan nada pelik. "kau ingat tak Aiman? Budak 4 Ali.." Umairah terkejut mendengar nama Aiman dari bibir Aisyah. Dia pelik. Eh, budak ni perasan ke aku selalu perhatikan si Aiman tu?? desis hatinya. "Ha..? Yang mana ey? Umairah cuba menyembunyikan perkara sebenar. Namun Aisyah dapat mengesan reaksi Umirah sewaktu dia menyebut nama Aiman tadi. "Dah lah...xpayah nak buat muka terkejut kau tu. Hehe...aku tau kau ada hati kat dia kan..dia nak jumpa ko tau sekarang ni dekat pintu pagar depan.." " Eh..ko ni memandai je..mana ada..dia nak jumpa aku buat apa?" kata Umairah yang cuba menafikan. "Manalah aku tau..kau pergi jelah..." kata Aisyah. "Kau temankan aku ya..kau kan tahu aku tak biasa jumpa dengan lelaki...ye? ye..?" pujuk Umairah. "Yelah...nasib baiklah kau satu-satunya kawan aku....kalau tak, malas aku.."
-bersambung-

No comments:

Post a Comment